Friday, 9 December 2011

Untuk awak tuuhhh.....

Agak2 tau x nak citer apa nih?? hehe khas untuk Kak Long entry kali nih...=)

Cara yang paling mudah nak wat kek batik..kih3... dgr citer ada owg bagi plastik itam makan kek batik dia =D
Firstly, patah2 kan biskut marie ni, jangan hancur2 sngt...



then, curahkan milo+gula + susu f&n  kat biskut tuh..skit je tau...

pastu kaco3.....


susun biskut n himpit2 bagi padat... 


 
Da jadi...hehehe.... wat la coklat pekat n letak atas ni ala2 toping gtu... ^___^
KAK LONG AINUL YAQIN, selamat mencuba..=)
Klik untuk baca lagiUntuk awak tuuhhh.....

Tuesday, 6 December 2011

Aku Sememangnya Jatuh Cinta Sejak Sekian Lama

Sedang asyik berchatting dengan suami...satu topik yang dibualkan sangat2 mengingatkan kembali memori2....Sungguh !!! saya amat merindui detik2 itu.....
Memori selepas SPM menjelma....keinginan untuk menghafal al-quran membuak2... Memohon agar aku dipilih oleh Allah untuk mengingati kalamullah... 
PERTAMA kali menjejak kaki di bume barakah Darul Quran. Ustaz mengajarkan kami agar bersyukur kerana layak menjejakkan kaki dan menjadi sebahagian dari ahli quran. Xsemua orang dapat merasai pahit getir menjunjung ayat Allah ini..sebanyak 2000 pemohonan, hanya 200org sahaja yang akan terpilih untuk menuntut di Bumi Darul quran ini...sungguh aku merinduinyaaaa......

Suasana, Biah Solehah, Pemandangan yang damai, alunan a-Quran berkumandang di mana2...saya merinduinya...

Sungguh, kesusahan dan kepayahan mengingati ayat-ayat al-Quran hanya kamii sahaja merasainya. Sehari, kami dikehendaki menghantar 3-6 muka surat mengikut kemampuan... Usaha yang dilakukan membuah kan hasil bagi mereka yang rajin...AL-QURAN tidak memerlukan orang yang genius, yang mendapat 12A, tetapi pangkat dan kedudukan orang yang berjaya mengingatinya adlah mereka yang rajin mengulanginya...

Teringat kenangan ketika di sem 1, aku di antara org yang rajin menghantar hafazan awal. Hari-hari yang dilalui sentiasa memikirkan masa yang mesti diisi dengan al-Quran. Sampai pada satu ketika, saya merasa bingung daan keliru aantara al-Quran dan program. Benar-benar keliru. Aku tidak sebijak mereka, aku perlu usaha yang lebih untuk  memegang amanah ini... 

Suatu malam, aku membuka lembaran al-Quran untuk mentelaah. Ketika itu, aku telah memasuki juz 3. 
......"تلك الرسل فضلنا"
berpuluh2 kali aku mengulanginya, ternyata aku gagal mengingatinya... bergegas aku ke surau..sedih dengan usahaku...tidak berhasil untuk mengingatinya ....ujian pertama yang aku lalui... sebelum ni, aku tidak mempunyai masalah untuk mengingatinya.... jam menunjuk angka 1pg, aku masih tidak mengingati walau satu ayat..aku tidak tahu mana salahku...sepenuh perhatian aku cuba berikan, namun ternyata gagal !!!!

jam menunjukkan jam 4pg, aku terjaga...rupanya aku tertidur di surau...bergegas mengambil wudhu', usai menunaikan solat sunat...aku melayari bait2 ayat suci al-Quran... aku masih gagal!! sedih bila mengingatkannya.... aku pergi ke kelas tasmi'  dengan perasaan yang berbaur..kecewa.... Giliranku menghantar hafazan, aku gagal...terasa ingin menitiskan air mata.... aku tidak pernah merasa sesusah ini untuk menghafal... Ustazah menasihatiku, jika ingin menjadi hamlatul quran...kurangkan 3 perkara...
1) kurangkan makan
2) kurangkan tidur
3) kurangkan bercakap

Sehingga kini kusemat....itu adalah kunci kejayaan...

Kini, daku bergelar Mahasiswa UKM...kehidupanku jauh berbeza dari dahulu...tetapi, ternyata aku amat merindui saat2 bersama sahabat2 seperjuangan mengulang al-Quran... bermujahadahh bersama2... amat2 merinduinya......

suamiku di musabaqah peringkat antarabangsa , Mesir

Namun, Allah mengetahui yang terbaik buat hambanya....
Dia mengirimkan kepadaku seorang pelengkap kehidupan, bersama2 memimpin daku di jalan ini... Kerana cinta ku pada al-Quran, aku mendapat kekuatan dengannya untuk terus mengulangi bait2 al-quran... walaupun aku tidak kuat ingatan sepertinya, dia tetap tidak jemu membimbing ku... setiap kelemahan ku dia menutupinya... 

Terkadang, dia mengusap kepala saya sambil mendoakan muga saya mudah mengingati kalam suciNya dengan mudah dan tenang... Sungguh dia memahami isi hatiku...Segera dia keluar dari bilik sambil berpesan 
"Ingat elok2 sayang, ngulang elok2...abang turun bawah dlu, nnt abg datang bilik lagi"

Ya, dia faham, aku malu....perkahwinan yang baru menjangkau 2minggu membuatkan xsemua perkara aku selesa bila dia ada bersama, Sesetengah keadaan, aku masih malu untuk membuat sesuatu... Aku kagum dengan kelebihan yang Allah kurniakan kepada dirinya... setiap bait ayat al-Quran keluar dari tuturnya dengan teratur dan berhati2... Dia akan pastikan apa yang diucapkan betul tajwid dan ayatnya... Kagum dengan daya ingatannya...moga Aku turut menjejaki jejaknya..

Allah kirimkan dia untuk aku terus tsabat di dunia al-Quran ini...jika dahulu, aku amat suka program luar..kini hatiku terpaut untuk mengingati al-Quran...itu pilihanku...itu jua jalanku...kelak, permata hatiku ku semuanya juga akan menginkuti jejak langkah kami...semuanya menghafal al-Quran..ITU IMPIANKU DAN SUAMI...

Cuti semester sebulan kelak, 28jan 2012 -20hb feb 2012...aku bersama 2 sahabat yang lain telah bercadang untuk duduk di pondok, mengulang al-Quran yang amat kami rindui suasanya...
Klik untuk baca lagiAku Sememangnya Jatuh Cinta Sejak Sekian Lama

Monday, 5 December 2011

Jangan Perlekahkan Suami Saya

Macam EMO je kan post kali ni?? huhu...sedih la bila ada sesetengah pihak yang mengganggap saya dan suami ''nikah gantung'' uuwwaaa... =(  Hakikatnya tidak...walaupun kami duduk jauh, xbermakna kami nikah gantung...sedih3.... Saya pun search la apa yang dikatakan nikah gantung...baca baik-baik k...

Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.
Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.
Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.
Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:
  • Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
  • Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.
  • Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.
Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.

ehm....segala point2 di atas adalah tidak sama dengan situasi yang berlaku dalam perkahwinan saya dan suami...
* kenduri walimah telah kami wat di kedua-dua belah pihak
* Hantaran juga suami saya bagi untuk wat majlis walimah, bukan duit mak ayh dia, bukan juga pinjaman
* semua kos belajar suami saya tanggung
* nafkah 100% suami saya tunaikan
* kami tinggal serumah ( kat mah mak ayah) bila suami cuti... hanya berpisah bila waktu kuliah...

Tengok la..lain kan?? so, jangan a ckp kami nikah gantung...SAYA KESIAN KAT SUAMI SAYA, beliau bertungkus lumus cari nafkah, oorg senang-senang kata dia xtanggung saya sbb kami nikah gantung..sedih3...='(
Sayang suami saya bukan kerana harta mahupun pangkat dan darjat..tapi Saya sayang kerana kejujurannya, keikhlasannya, pengorbanannya dan cintanya xberbelah bahagi buat saya sebagai isterinya...tidak terbalas syg .... suami saya juga pernah cakap, Biarlah habis pun duit simpanannya, asalkan saya cukup makan, saya bahgia, saya dpat hidup dengan baik... tapi saya xla kejam sampai nak habiskan duit dia... kadang-kadang rasa nak benti blaja n g carik keje ..... sbb xsampai hati nak susahkan suami saya kene tanggung saya belajar... INI TANGGUNGJAWAB SAYA, BUKAN MENYUSAHKAN SAYA respon suami saya...



tiada org yang bahgia selain saya kerana memiliki cinta awak....^__^ ( ayat owg dilamun cinta ) 
Klik untuk baca lagiJangan Perlekahkan Suami Saya

Kahwin dan Belajar

Entry best..hehehe.... Saya nak membebel...nak beceloteh...^___^  Tapi apa yang saya cerita ni, hanyalah pendapat saya persendirian.... Kalo xstuju, jangan marah tau..kita wat pebincangan ilmiah ok..=)


KAWEN AND BLAJA..=)
''susah x kawen time blaja??'' msti tenang kan blaja..leh focus.. ''bestnya da kawen, rasa mcm nak kawen jugak la...'' untunglaaaaa.....hahaha (ayat faathin)


ok, saya nak cerita tentang topik ni..ok??? 

banyak yang terjadi kat sekeliling kita dlm masa terdekat ni...rama kawan2 yang sebaya umur ngn saya da kawen, ada jugak junior2 yang amik kptsn untuk kawen....antara situasi yang berlaku sejak kebelakangan ni, adalah....

1 ) Dapat result tinggi ==> kawen ==> xsambung blaja
2)  Habis study ==>kawen ==> keje
3) Habis study ==> kawen ==>sambung blaja
4) Habis study==> xkawen===>keje
5)Habis study==> xkawen==>sambung blaja


hahaha...bnyak noohh...pening pale...ok2 nak citer beberapa kisah yang berlaku di sekeliling saya... boleh juga dijadikan iktibar dan pengajaran hendaknya...hmmm, banyak faktor2 yang diambil kira dalam membuat keputusan untuk berkahwin pada usia muda... saya dan suami pun amik keputusan kawen awal sebab nak dapat ketenangan hati walaupun kene dok jauh...huhu...sebab kitorg mmg kuat cemburu... ==> cemburu sbb suami saya ramai org knal n takut2 org nak kat dia<===  kalo bg suami sy pulak...==> sbb dia da minat, mmg cemburu macam2 la..hehe<===


keputusan untuk kawen awal n smbung blaja mmg satu bnda yang xpenah di pikirkan... xsangka yang saya akan menempuhinya sbb rasanya xpenah rancang pun nak kawen semuda usia ni... tapi cbarannya agak kuat.. terlalu banyak masa study yang terpaksa dikorbankan...dan susun jadual yang lebih teratur supaya adil terhadap semua perkara...belajar dan suami ^___^






bagi kawan-kawan yang tidak sama nasibnya dgn saya, jangan la rasa putus asa dan kecewa. sesungguhnya Allah amat mengetahui segala yang terbaik untu masa depan kita.
 أَلَمۡ تَعۡلَمۡ أَنَّ ٱللَّهَ يَعۡلَمُ مَا فِى ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۗ إِنَّ ذَٲلِكَ فِى كِتَـٰبٍ‌ۚ إِنَّ ذَٲلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرٌ۬ 
Bukankah engkau telah mengetahui bahawasanya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi? Sesungguhnya yang demikian itu ada tertulis di dalam Kitab (Luh Mahfuz); sesungguhnya hal itu amatlah mudah bagi Allah  (Surah al-Hajj ayat 70)


And satu benda saya nak kongsi.... setiap benda yang terjadi kat kita adalah mengikut kemampuan kita. ...  Jangan menyesali n rasa cemburu tengok org kawen awal time blaja... sebb itu adalah kemampuan diri dia.. Kalau diri sendiri pun xmampu nk uruskan blaja n study, apatah lagi nak menggalas tanggungjawab besar sebagai seorang suami n isteri. ramai je saya tengok kawan-kawan saya yang xmampu nak menyelesaikan tugas-tugas n assgmnt dengan sempurna time tengah single ni.... tp dah sibuk-sibuk nak kawen,. Kawen tu boleh bantu korang wat keje dengan baik kah???  Hakikatnya, lebih banyak n bertambah tanggungjawab korang bila da kawen... so, siapkan diri sendiri bila nak melangkah ke alam rumahtngga...

pengalaman saya... setiap hari adalah hari yang penuh jadual...tiada istilah senang lenang... pagi, 8pg-6ptg...masa di fakulti dan perpustakaan... settlekan sume keje... balik kolej, masa untuk curi2 luangkan masa untuk suami... cuba skype je da bnyak makan masa... sambil2 tu wat jugak la keje sket2.... bnyak masa terbuang , tetapi Allah gantikan dengan kegembiraan dan ketenangan hati...so leh wat keje ngn lebih fokus dan terurus...

Masa sebagai seorang mahasiswa yang telah berumahtangga tidak sama dengan masa mahasiswa yang tidak berumahtangga. Masa belajar yang diperuntukan lebih bnyk berbanding kami yang telah berumahtangga... Hagrainya...Lakukan yang terbaik... Dan bagi yang telah berumahtangga, jangan pernah merasa menyesal...sesungguhnya Allah menjanjikan yang terbaik buat kita...tanggungjawab yang kita cuba laksanakan sebaik mungkin ini adalah satu bukti pengorbanan kita..Moga Allah menilainya dan memberikan pahala yang setimpal.   

Klik untuk baca lagiKahwin dan Belajar

Friday, 2 December 2011

Terima Kasih Insan Sekelilingku....


Mencuri masa dengan sebaiknya....saya cuba mencoretkan sebanyak mana perkara yang ingin dikongsi.....


Sayang pada keluarga yang baru dibina.... Abah, Mak, Kakak, Abe dan adik2 amat2 menyokong dan memberi perhatian... Terasa lebih dekat dan manja dengan mak dan abah semenjak berjauhan dengan suami... Banyak jugak mak dan abah kongsi cerita2 yang xmungkin saya dapat dengar jika duduk bersama suami.... keletah2 suami ketika kecil, susah payah sepanjang mak dan abah besarkan anak2...dan macam2 lagi... terasa seperti rapat walaupun baru beberapa bulan berkeluarga...
amat merindukan suasana ini....walaupun tiada suami di sisi, saya tetap merasa kuat kerana sokongan yang diberikan....mereka amat memahami...terkadang baju2 suami menjadi sasaran...bagi melepaskan rindu...=)


teringat kenangan ketika di DQ, ustaz selalu cakap..kalo xpandai loghat klntan...jangan berani nak kawen ngn org klntan...sbb kalo kne mngumpat ngn mak mertua, kita xkan tau sbb kita xpaham...huhu.... tapi, apa yang istimewa dalam keluarga mertua saya....MEREKA SANGAT-SANGAT BAIK....

Abah seorang yang sangat-sangat tegas dalam bab agama....lagi-lagi tentang solat....abah berjaya mendidik anak-anak faham islam walau di mana sekalipun... Abe bukan jurusan agama tapi faham agama dengan jelas...saya kagum...asasnya dapat dikuasai...macam tu jugak dengan kakak...aqil n faiz.... Abah jugak rajin, ringan tulang, penyayang, ambil berat, sporting, banyak cerita... seronok sangat dapat jadi menantu abah....=)

Mak : Mak seorang yang sangat baik, pandai masak, selalu tunjuk ajar masakan2 klate, selalu cerita ap yang suami saya suka n xsuka (sedikit sbnyk membantu sy knl suami sy), suka cerita ap yg pernah belaku dlm rumah.. Mak seorang yg xcerewet dan selalu meraikan menantu2 nya... Selalu kt dapur, sy juz tlg potong2 sayur, bawang n apa2 la...mak yg akn masak..bnyk jugak resepi2 yg sy bljr dr mak...satu bnda yg sy baru dapat tau....mak cerita yg mak jnis suka masak sowg2...saya dlm dapur slalu jd teman bual mak jer...kaco2 jer gtu...xmasak pun, mak yg masak...kalo stkt goreng2 tu bleh la kaco2..hehe... 
Kakak : seorang yang sangat happy...cekal,kuat dan tabah...baik...sporting..cantik...kisah kakak mengandung amat2 membuatkan saya kagum dengan kakak... kakak xmanjakan diri...pegi n blik naik LRT...sarat mengandung masih aktif ke sana sini...kakak pun bnyk kongsi resepi2 yg xpenah sy wat..cthnya begedil...sdapnya...hehe...kakak rajin amik berat.. slalu citer2 pengalaman ... and yg plg pntg, kakak still maintain slim n cntik wlwpn slps besalinkan baby hana...hehe...jeles !!! n suami kakak pun baik...abg nasri... abg nasri seorg yg betanggungjawab... teringat time baby hana nangis sbb xselesa bila napkin da pnuh... abg nasri pun tukarkn pampes...hehe...lawak tgk org laki tukarkan napkin baby ^___^ ayah penyang gtu...

Abe :  abe n kak wajie...pasangan yg sweet...hehe... daniel iras muka ibu+abah dia... comel sgt2...abe n kak wajie baik...slalu pkai bju sama2 warna..hehe... paling comel time dorg naik motor abh sama2 time g bazar ramadhan..huhuhu...cute3!!!! 

last, Aqil n Faiz... 2 adik ipar yg sangat menghormati org yg lbih tua....bijak, pemalu sket2..hehe....peramah bila diajak bebual... aqil kuat ckp sket bebanding faiz... tp faiz hebat...bljr pndai, kpimpinan hebat... bijak2 anak abh...kne mntk resepi ni..hehe...
Inilah insan2 di sekeliling sy....saya sayang mereka semua...tnpa mereka, tidak lah saya sekuat dan seteguh ini...=)
Klik untuk baca lagiTerima Kasih Insan Sekelilingku....

Buat Jiwa Yang Tegar

2/12/2011 (KHAMIS) ==> 11/1/2012 Hanya tinggal sebulan 9hari lagi saya akan bertemu suami saya.... ehem, kenapa ea saya asyik citer pasal suami saya jer?? hmm...mgkn sbb sbln je dapat hidup bersama... fikiran saya hanya saat2 bahgia jer..hehe

pertama kali raya dengan suami ^__^
Kenapa saya jarang nak pegang tangan suami saya bila amik gambar ea??? hehehe....*M.A.L.U* laaa.... nnt lama2 leh la pgg tgn awk yer syg...hehe...
hmmm.....ni la gaya owg duk jauh ngn suami...xsemua boleh nak citer kat suami saya...:
- dengan masa n waktu kami yang berbeza
- dengan kadar kelajuan internet yang xmenentu
- jarang2 dapat skype walaupun beribu kali diusahakan
- sebab assgmnt yg sy wat, sy nak kan kesempurnaan a.k.a cerewet

n macam2 lagi la, kalo nak bagi alasan mmg bnyk boleh nak bg..huhu Tapi nak katanya, memang blog ni la tempat saya nk cerita macam2....Saya xdapat nak cerita setiap hari apa yang saya lalui setiap hari kat suami saya...so, dgn menulis blog ni...boleh membantu saya cerita kat suami saya..hehe

Selepas habis exam nahu sorf n akidah pagi td, sedikit kelegaan bertapak dihati....seronok sangat + dapat jawab semua soalan dengan tenang.... assgmnt sejarah yang dibentangkan pun mendapat respon baik dari Prof... Sangat berpuas hati dengan semua kerja yang telah dilakukan setakat ini... xpernah lagi kene tolak kertas kerja...mungkin sebab rakan sekerja pun bagi kerjasama yang baik...tq kpd Nur Izzati dan Nadiah atas kerjasama yang amat baik..maaf la kalo akk ni cerewet sket...hehe...ok, Stop.

Nak cerita tentang apa ea waktu hari khamis ni??? hmm....lepas kelas Aqidah, meluru ke KTHO utk teman kak ida settle kan LC, then ke kelas tutor Aqidah...Tepat jam 12, msg kak wani cz nk join kelas method fiqh, saja2 nk masuk klas dak syariah (Walaupun xdpt kos syariah, dpt msuk klas pun jadi la) hehe....lepas tu ad klas fiqh sirah kt tmpt yg sama *beku* sejuk sgt kot dewan tuh....huh !!!

Banyak perkara yang dapat dipelajari sepanjang hari itu....seronok kerana merasa aman dan tenang denagan ilmu2 yang Allah kurniakan....
Juga syukur kerana Allah memilih saya untuk faham ilmu2Nya yang amat luas.....=)

BUAT JIWA YANG TEGAR


ehem, entry kali ni bukan untuk saya dan suami jer...tapi untuk kawan2 saya yang kat luar sana, yang banyak meminta pendapat dan pandangan....
Nampak awak kuat semangat, tabah....Kongsi la apa rahsia??

Kuatkah saya??? Tabahkah saya??? Bibir tersenyum, hati menangis.....tau x??? huhu....xkan setiap masa nak sedih kan??? so, kene la lupakan n xpikir kan kesedihan tu sangat...nnt APA PUN XBOLEH....hehe....fokus skrg study dulu...nnt mlm2 boleh la nk 'meleleh air mata' banyak2...xdinafikan la....=(
Ramai kawan2 saya yang dilema kerana ''bakal suami'' dioffer menyambung pengajian di U.Islam Madinah...pada bulan 2 taun depan. Bingung dengan perhubungan yang terjalin...Nak kawen, mak ayh xbagi sbb kene dok jauh memandangkan masih blaja jugak...Nak tunggu lama2???xsanggup la kene tunggu sampai 4-5 taun....Lalu, pandangan diminta.....

saya xada apa2 pandangan....cuma berdasarkan pengalaman saya, saya hanya boleh nak kongsi..mungkin ia baik untuk saya.....saya xtau...

Selepas disahkan menjadi suami isteri, saya xpernah duduk berjauhan dengan suami...walau ke mana sekalipun (kecuali time suami g masjid solat 5 waktu)....dan lepas solat, suami akan terus menuju ke saya... tangan memohon ampun dan dikucup ubun2 tanda dimaafkan...==> R.I.N.D.U <=== Kadang2 suami mencuri2 masa untuk solat berjemaah bersama, saya bangga kerana menjadi isterinya....hampir 3minggu kami hidup bersama di n9 dan gombak...xpernah dipisahkan dan terpisah...

Pada 17 ogos 2011, saya diarahkan untuk menjalani ujian JPJ...inilah kali pertama saya dipisahkan dengan suami tersayang...Memandangkan suami sy merupakan imam tarawih sepanjang bulan Ramadhan, beliau xdapat menemankan saya di n9 sewaktu saya menjalani ujian JPJ....Suami saya hantar saya pada hari selasa, dan balik semula ke gombak... pertama kali berpisah....tanpa diundang air mata saya bercucuran jatuh...mengiringi pemergian suami...jangan la nangis sayang...pinta suami....ye, saya xnak nangis...tapi air mata tu jatuh...sedih !!!! sepanjang malam....saya sedih...saya rindu...saya nak kan suami saya....tapi kak ngah yang banyak penuhkan masa2 saya...kurangkan ingatan terhadap suami... hmmm.....
SELESAI JPJ, terus saya kemas barang2...saya nak balik gombak !!!!! naik ktm, sampai KL SENTRAL, saya tpn suami saya....saya suh jemput...terkejut suami saya..............saya mintak maaf..saya rindu sgt2...baru sehari xjumpe....inilah kisah pertama kali dipisahkan....

Buat jiwa-jiwa yang tabah....

Tiada kekuatan yang dapat kita tempuhi kecuali dengan pertolongan Allah...siapa sanggup dipisahkan dari insan yang halal buat kita... Tulang Rusuk Kiri, Perisai Kehidupan, Penawar Kesunyian, Penghibur Kesepian... segalanya kita dapati dari insan yang halal......
Kalau diberi pilihan, saya xingin dipisahkan, tetapi kerana ilmu, masa depan, cita2...saya cuba tempuhinya... Hari2 yang saya tempuhi terasa musuh...berdendam dengan kebahagiaan...hasad dengan keceriaan.... saya berhak mendapat kebahagian, keceriaan, keindahan....Terasa semua hari yang dilalui adalah dendam2 yang xterbalas...waktu yang saya jalani sekarang patut dihiasi dengan bibit2 yang indah..tapi saya dapat yang sebaliknya....
Aturan alam.......
setiap kesusahan pasti dibalas dengan kesenangan....
setiap kesedihan dibalas dengan kebahagiaan....
setiap kedukaan dibalas dengan kegembiraan...
Yakinlah, Allah Maha Adil....setiap kedukaan, kesedihan. kerinduan. kesakitan yang ditempuhi......JanjiNya adalah kemanisan percintaan.....
Klik untuk baca lagiBuat Jiwa Yang Tegar

Wednesday, 30 November 2011

coretan pertama suamiku =)

PANTUN CINTA UNTUKMU UNTUK SAYA :

dua tiga kucing berlari..
seekor menyorok di bawah meja..
betapa kuat rindu di hati..
tak sabar rasanya mahu berjumpa..

sorong papan tarik papan..
buah keranji dalam perahu..
macam manalah saya tak berangan..
terngiang-ngiang di telinga awak kata I LOVE U..

buah cempedak dibeli di bandar..
beli sekilo dibawa pulang..
hati saya rasa berdebar-debar..
tidur tak lena makan tak kenyang..

pagi-pagi minum pepsi..
sambil makan roti dengan planta..
harapan saya sebagai suami..
jadilah isteri penyejuk mata..


jalan-jalan di bukit bendera..
tengah jalan terhantuk kepala..
tiada apa yang ingin ku kata..
salah silap maaf dipinta..

mereka kata muka kita sama..
saya pun rasa begitu juga..
saya harap ALLAH merahmati kita..
semoga kekal hingga ke syurga..

hasil nukilan : suami awk saya le..LOVE U ♥

(post la kt blog eh kalo  memang awk rajin)
Klik untuk baca lagicoretan pertama suamiku =)