Monday 5 December 2011

Jangan Perlekahkan Suami Saya

Macam EMO je kan post kali ni?? huhu...sedih la bila ada sesetengah pihak yang mengganggap saya dan suami ''nikah gantung'' uuwwaaa... =(  Hakikatnya tidak...walaupun kami duduk jauh, xbermakna kami nikah gantung...sedih3.... Saya pun search la apa yang dikatakan nikah gantung...baca baik-baik k...

Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.
Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.
Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.
Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:
  • Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
  • Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.
  • Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.
Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.

ehm....segala point2 di atas adalah tidak sama dengan situasi yang berlaku dalam perkahwinan saya dan suami...
* kenduri walimah telah kami wat di kedua-dua belah pihak
* Hantaran juga suami saya bagi untuk wat majlis walimah, bukan duit mak ayh dia, bukan juga pinjaman
* semua kos belajar suami saya tanggung
* nafkah 100% suami saya tunaikan
* kami tinggal serumah ( kat mah mak ayah) bila suami cuti... hanya berpisah bila waktu kuliah...

Tengok la..lain kan?? so, jangan a ckp kami nikah gantung...SAYA KESIAN KAT SUAMI SAYA, beliau bertungkus lumus cari nafkah, oorg senang-senang kata dia xtanggung saya sbb kami nikah gantung..sedih3...='(
Sayang suami saya bukan kerana harta mahupun pangkat dan darjat..tapi Saya sayang kerana kejujurannya, keikhlasannya, pengorbanannya dan cintanya xberbelah bahagi buat saya sebagai isterinya...tidak terbalas syg .... suami saya juga pernah cakap, Biarlah habis pun duit simpanannya, asalkan saya cukup makan, saya bahgia, saya dpat hidup dengan baik... tapi saya xla kejam sampai nak habiskan duit dia... kadang-kadang rasa nak benti blaja n g carik keje ..... sbb xsampai hati nak susahkan suami saya kene tanggung saya belajar... INI TANGGUNGJAWAB SAYA, BUKAN MENYUSAHKAN SAYA respon suami saya...



tiada org yang bahgia selain saya kerana memiliki cinta awak....^__^ ( ayat owg dilamun cinta ) 
Klik untuk baca lagiJangan Perlekahkan Suami Saya

3 comments:

Tarhata Kiran said...

............:)

suami mempunyai menududuki tempat tertinggi di hati isteri... selamat berjuang dan bersabar..

BELLA said...

mulut orang kita tak boleh tutup kak.
yang penting , orang-2 yg rapat dgn kita tahu hal yg sebenarnya ..

yourlifeforme said...

eeh...ada kak bai la...=) syukran kak...

bella: tq...^__^ btol..org yg ada kat sekeliling kita je paham.. tp bukan stkat sekeliling, tp yg sntiasa dengan kita...