Friday 30 December 2011

Salam Perpisahan ~

Perasaan pertama ~ nak nangis....
sepanjang tahun 2011, terlalu banyak benda yang saya tinggalkan... segala kenangan pahit, manis....

manis : 
25 JUN 2011 ~ Genap Setahun Khatam Hafazan
18 JUN 2011 ~ Dirisik
18 JULAI 2011 ~Konvo DQ
23 JULAI 2011 ~ Tunang dan Nikah dan Walimah
18 OKT 2011 ~ Mula Blogging Demi Impian Suami
dan banyak lagi kenangan2 manis...xtertulis sebab semuanya indah2 belaka...

Namun, masih banyak lagi yang tidak  berjaya diperbaiki...Allah3...ke mana perginya waktu2 yang Engkau berikan? Adakah hanya sisa2 yang tidak bernlai?? sedih rasa...nak ulang semula hari2 lalu... nak buat yang terbaik..

Apa pun, Kita tetap kene lalui hari2 yang bakal tiba... Mari doa agar akan datang lebih baik dr sebelum ini...

kuiringi doa tulus sesuci embun pagi,
dibasahi tasbih memuji Tuhan pencipta alam semesta
kulagukan hasrat hati 
padamu Tuhan kuserah diri
berharap lautan rahmatMu
Bekalan disana nanti..

Oh Ya Allah..
Kuiringi pengharapan dimalam sunyi
tangisan mengalir air mata
hilangkan jemu sujud menyembah
sebagai saksi membentuk diri tangan menadah 
himpunan rahmat Ilahi moga diri
terarah ke syurga nanti

bertemu Tuhan cinta pertama 
nikmat yang tiada terhingga
syahdu rindu bila maghfirahmu 
membaluti tubuhku....

2012...Bismillah !!!
Klik untuk baca lagiSalam Perpisahan ~

Monday 26 December 2011

Buat Kamu Sahabatku... (*__*)

Kita merancang, Allah juga merancang...dan perancangan Allah lebih tepat dan terbaik..

MID SEM BREAK...waiting 4 da success..hehhe

24~25~26 DIS 2011 ...
kenangan yang best lagi2 bila ada kak ngah, shafiqah n faiz comey..
hehe  Rindunya...


sangatlah comel faiz nih... Rasa nak baby la plk...=p
tapi bole ke??? kene pk panjang dulu... mohon pendapat kawan2 jugak..huhu..
bila da kawen ni..xpk lain da..pk nak anak la plk.. tempat mencurahkan kasih sayang... tapi nasihat suami saya, pk elok2 dulu..kalo betol nak anak..sbb suami xde, n suami jugak xnk sy susah sorg..hmm.... ????


kadang-kadang sy rasa sy boleh nk tanggung...tp apa pun kene pk panjang2 dulu..huhuhu... xtau la... tlg la...=p.... ops, bukan nk crita tntg "impian nak anak" kat post kali ni, tp nk cerita tntg kngn2 kat PD ni.. bestnya...lagi2 dapat luangkan masa ngn shafiqah.. rindu sgt nk bual macam2..akhirnya terubat jugak...


kawan itu perlu keikhlasan, bukan kesempatan...
kawan itu perlu kejujuran bukan kepentingan...
kawan itu perlu untuk menebar kasih sayang ^__^

Dengan shafiqah seorang je saya menggelar panggilan -ana/anti-
dengan kawan2 lain , suma panggilan -aku/kau-
atau -saya/awak-
macam special je kan... n ianya mmg special....=)
"Thx Shufaiqah kerana memilih ana sebagai sahabat anti"
Klik untuk baca lagiBuat Kamu Sahabatku... (*__*)

Friday 16 December 2011

Enti !!!!!!

'' Enti !!!!! '' ni la yang selalu kawan saya sowg ni jeritkan kat telinga saya... Nama dia Nur Shafiqah.. panggil dia piqa.. hehe.. rindu sangat kat dia...

*Rindu nk jadi model dia
*Rindu nk ckp "xyah nak announce sgt la"
* Rindu nk ckp, "ckp kuat lagi bleh?"
*Rindu nk makan sama2
n plg rindu nk g cafe sama2 n wat keje plik2...
Haahahahahhaha..................bnyak lg kngn ngn dia..lg2 dlm kelas, time outing..huh!!

time kursus pra perkahwinan
Nama : Nur Shafiqah Bt Zainal
Asal : Sngapura
Umur : 17Tahun eh silap, 20tahun ^___^
Anak bongsu dari 2 adik bradik
Status : Berkahwin, (akan datang) hahha
Perangai : macam budak2 xcukup makan , 'pandai' main bola jaring n badminton , suka stady , slalu menangis mcm baby lapar , 'paling' cepat kalo besiap nk g klas atau outing , 'sangat' suka makan kat DM , hhahaa...apalagi nk kutuk dak kecik ni ea..=p

shafiqah kawan yang sangat2 baik...tpi dia tetap jahat bila dia 'buli saya' ...amik ais malam2 buta kat cafe seorang diri..haha... tp bila kitorg mngidam satu bnda, tnpa pk panjang....msti prgai jahat muncul n realisasi lah impian kitorg.... =p

kenangan Kelab Bahasa DQ
shafiqah pgg jawatan yg tinggi (wlwpn dia kcik je) haha... dia ssssaaaannngggaaatttt lah  berdedikasi... dia sangat dikriminasi...haha... port utama kitorg bila nk 'gosip' adalah dibilik ainani..

Ibarat CCTV da...
Gambar2 kenangan with shafiqah.. duduk sblh dia mcm da ada CCTV bergerak..huhu... sangat2 la kuat amik gmbar... nak makan kne amik gmbr, nak pakai tudung diambilnya gmbr, yg plg xbest ialah ..... tidor dlm klas dia amik gmbr..hahahahha..kantoi !!!!

Sungguh unik la enti ni shafiqah... rindu kngn2 wat jahat.. lg2 time NASI PUTIH + TELOR MATA + CILI API KICAP = MANDI LAICI KANG hahahaa...ingat lg x??? buruk benor perangai tuh... adooii....

sangat pantang bila dicuri gmbarnya..hahaha
Bila lagi nak jumpa ea?? rindu sgt2 nk wat keje giler2..haha...

Kini, berjauhan sudah ngn shafiqah...dia belajar di USIM...n geng dia sekarang kak ngah...(xgeng ngn sy dah) ... smlm, 16 Dis adalah besday dia... sy nk bg dia something, tp xtau bila bleh jmpa... Miz u a lot my friend

Happy Birthday yg ke-20  smoga trus sweeeeeetttt...... syg enti... Klik untuk baca lagiEnti !!!!!!

Thursday 15 December 2011

Perkahwinan Proses menambah Ilmu Kehidupan (Mencari Hikmah)


Satu perkara yang sedang di alami selama hampir 4bulan 21 hari saya telah menjadi seorang isteri..... selama tempoh masa ini, terlalu banyak cabaran yang dilalui yang sangat-sangat menguji keimanan, dan kesabaran...Firman Allah surah al-Baqarah ayat 155:
وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَىۡءٍ۬ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٍ۬ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٲلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٲتِ‌ۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِينَ
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar

Benarlah, bahawa Dia akn tetap menguji hambanya..dan natijah pengakhiran yang baik adalah bg mereka yang bersabar =) Saya mengahadapi masalah ini kerana merasakan saya juga mempunyai pengetahuan dalam sesuatu perkara.... Namun, segalanya tercelik bila saya tergerak membaca satu tulisan Aisyah Ahmad Musa al-Abdali.


ISTERI YANG SUKA MEMBANTAH

saya melihat pemasalahan ini dalam konteks masyarakat kini yang semakin banyak ilmu. merasa betul apa yang dilakukan. Sikap suka membantah ini merupakan satu perkara yang menyebabkan kehancuran rumahtangga.

Sebab / Punca Perkara ini
- Sikap / karakter yang sejak azali ada dalam dirinya
- Didikan orang tuanya yang salah
- Suami yang bersikap ego, tidak berbincang dengan isteri
- Suami suka meremehkan dan memeperkecilkan pendapat isteri
- Isteri merasa kekurangan kerana perlakuan keluarganya yang tidak menghargai dan menghormati isterinya
-Darah muda kerana berkahwin pada usia muda
- Isteri tidak dapat menyesuaikan dirinya dengan kehidupan suami
- Meniru kebiasaan orang tuanya

Cara Penyelesaian
Hanya satu caranya iaitu hendaklah menghindari perkara yang boleh membawa kepada terjadinya sikap ini.walaubagaimanapun, ianya memerlukan satu tempoh yang cukup. Suami hendaklah berusaha untuk mengambil hati isteri dan membantunya dalam menangani persoalan hidup.

Nasihat bagi isteri yang suka membantah :
Para isteri yang budiman, sikap seperti ini secara tidak langsung akan membawa kepada kehancuran rumahtangga. Suami sememangnya punya kekuatan, tetapi terkadang dia pun habis kesabaran dan serba salah menghadapi sikap isteri. sikap seperti ini (bersikap kasar terhadap suami atau tidak taat) sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam. 

SUAMI YANG SANGAT CEMBURU

Rasa cemburu yang wajar pada diri suami adalah :
(1) Khuatir isterinya melakukan sesuatu yang diharamkan oleh Allah
(2) Khuatir isterinya berdua-duaan dengan bukan mahram
(3) Isterinay yang cakap berlebih-lebihan dengan orang lain

3 Perkara ini adalah cemburu yang baik bahkan menjadi keharusan demi menjaga nama baik dan harga diri suami.. Namun, cemburu yang berlebihan atau terlalu berprasangka buruk terhadap pasangan jelas akan memicu kehancuran hidup berumahtangga.
                        Sesiapa yang menanam benih keraguan, pasti akan menuai keretakan
Para suami telah memilih isterinya kerana agama, dan Allah meredhainya. Isteri telah menjaga dirinya dan kehormatannya dan memahami agama Islam dengan benar. Makaa dengan itu, janganlah anda menyakiti diri dan isteri anda anda sendiri dengan sifat cemburu dan prasangka buruk itu.

Kadangkala, tanpa sengaja isteri membuat suami cemburu. Dia berceritakan perihal lelaki lain di hadapan suaminya. Dia menceritakan perangai dan akhlaq lelaki itu. Perkara seperti ini menjadikan suami menyimpulkan bahawa isterinya kagum dengan keperibadian lelaki yang diceritakan itu. Selain itu, suami merasakan bahawa isteri lebih mengutamakan lelaki lain dari dirinya. Ada juga isteri yang bercakap mengenai kenangan masa lampaunya atau menceritakan mengenai orang yang pernah melamarnya. Semua ini menimbulkan cemburu dan memancing kemarahan suami.

Isteri yang berani melakukan perkara sebegini adalah isteri yang kurang matang dalam berumahtangga dan cuai, inilah suatu perilaku isteri yang boleh menghancurkan kehidupan rumahtangga


Klik untuk baca lagiPerkahwinan Proses menambah Ilmu Kehidupan (Mencari Hikmah)

Tuesday 13 December 2011

Buat Sahabat-sahabat 1 UKM =)

Haa......jangan terasa la kawan2 yer...sekarang kan musim2 nk exam...bukan musim nk bersenang lenang.. jangan makan banyak...lawan nafsu skettt... hehe...

Topik yang ingin saya bawak hari ini adalah tentang Exam yang berlangsung...xkira exam mid atau final... Exam ni hanya ujian dunia jer. so, kene la amik berat sket...walaupun dunia, tapi kalo kita xamanah dengannya, bermakna kita gagal mendisiplinkan diri  kita... apa yang ingin saya ceritakan adalah mengenai kesungguhan kita... Bersungguh2 msti dengan tawakkal kerana Allah berkuasa ke atas diri kita...

tapi, ada segelintir yang mengambil mudah dan menjadikannya perkara main2... Ingat.... Dengan Exam ni, mempengaruhi masa depan korg... kalo buat main, akan jadi la kalian golongan yang menyesal... Tapi lebih teruk lagi kalo jadi golongan yang meniru dan memberi tiru, sama2 la tanggung.... Kalo kita melihat dari konteks yang lebih jauh... dengan exam, kita akan dapat pointer ... dengan pointer kita akan cari kerja... dengan kerja, kita akan bg anak, laki, bini makan.... so, dr sumber rezeki yang berkat kah kalo korg meniru time exam??? fikir2 kan lah....



Walaupun tidak disebut secara qat'ie dalam al-Quran mahupun sunnah mengenai dosa2 meniru, tapi kita sedia maklum keburukannya dan ianya bmenjadikan diri kita sebagai seorang yang tidak amanah....pada zaman dahulu tidak ada istilah 'meniru' sbb pembelajaran bukan berorentasikan peperiksaan seperti yang dilakukan pada zaman kini... jadi, fikirkan lah...anda penentu masa depan anda...^___^
Klik untuk baca lagiBuat Sahabat-sahabat 1 UKM =)

Lelaki Sungguh Unik 1

eh, pmpuan jangan panas telinga plak dengar..hehe.. bukan nak puji sangat pun dak laki..tapi ni hakikat yang nak  kita kene trima..hehe... Post kali ni agak 'educated' sket..haha... poyos2... ni juz satu pemerhatian saya.. n kalo ada dalil or hujjah yang menyokong, saya akan nyatakan..tapi kalo xde, itu hanya satu pandangan dan pemerhatian saya sbgai hamba yang hina dan miskin ilmu...

Pertama yang saya lihat KEUNIKAN LELAKI ini, dowg bila berjumpa dengan kawan2 yang dikenali atau x, diorang akan bersalaman...kalo pmpuan, jumpa owg msti buat 2 perkara..antara menjerit.."hye awak!!!" ataupun..wat xtau jer..hahaha....

Amalan bersalaman (berjabat tangan) sudah menjadi lumrah tetapi mungkin sedikit sahaja yang mengetahui akan kelebihan di sebalik di galakkan itu. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud menyatakan :
Maksudnya : "Daripada Barra katanya : Telah bersabda Rasulullah Sallallahu 'alahi wasallam : "Tidaklah bertemu dua orang Islam, lalu berjabat tangan, melainkan diampunkan dosa bagi keduanya sebelum keduanya itu berpisah."
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud maksudnya : Daripada Imran bin Husain katanya : "Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah Sallallahu `alaihi wasallam lalu mengucapkan "salam" kemudian duduk, maka Baginda bersabda :"Sepuluh kebajikan" kemudian datang pula seorang lagi lalu mengucapkan lalu duduk, maka Baginda bersabda" Dua puluh kebajikan". Kemudian datang pula seorang lagi lalu mengucapkan " salam " lalu duduk, seterusnya Baginda bersabda : "tiga puluh kebajikan".
(Riwayat al-Imam Abu Daud)


Kedua, lelaki ni, kalo duduk kat mana2 majlis...dowg duduk je kat mana2 tempat..xkisah la sapa punya tmpt duduk pun...asal nmpak kosong je, dowg duduk...lain plk ngn pmpn...dowg msti akan menjerit.."eh2, ni tempat untuk kawan saya...." hahaha....

kan unik tu .... lelaki ni mmg otak dia simple minded... so, korg da kawen nnt korg tau la bila masa nak gaduh ngn suami korg sbb bnda2 kcik ni..hehe... mmg bebeza sket cara lelaki n perempuan berfikir...itu adalah kelengkapan...=)

Klik untuk baca lagiLelaki Sungguh Unik 1

Monday 12 December 2011

Terus Berjuang, Tangkis Kesedihan

11 n 12 Dis, Bercuti bersama Keluarga Mertua..Family DAY at Port Dickson... best3... duduk di Hotel Bayu Beach Resort..konon2nya nk honeymoon kat hotel ni dgn suami time 25-28Julai aritu, alih3..xjumpe plk..hehe... 
hanya berempat.. saya, adik faiz, abah n mak
Seronok x??? haha...msti la seronok.. makan tidur main... mmg seronok la... haha..trok btol... hmm, kne la amik peluang keemasan ni..bila lg nk jalan2 ngn family mertua kalo bkn skrg..nnt da ada baby susah plk nk g sana sini..huhu >berangan<

with Ain, anak sdara timbaan Nazir msjd khairiyah
Haaa...ni satu lg yg best, bila join family day ni..boleh la knal2 family2 ajk masjid.. pasni g masjid khairiyyah, ada la jgk owg yg kita knal.. seronoknya dpt knal mak cik2 nih.. haha... xde la rasa mcm owg asing je... huhu
faiz !!! tu bola tampar bukan bola sepak.. =p
Faiz time g PDni dia batok n selesema..tp bila dapat main je..trus sihat semacam...apakah?? hehe... anak bongsu abah ni manje btol...

mak n abh dlm acara balingan kasih... 
pasangan inilah yang pertama skali pecah belon air nya...hehe..sian mak, abah baling kat mak... pecah belon...abis basah baju n tudung mak.. mak ckp, abh amik belon paling besar..tu yg cepat pecah >banyak pulak airnya<  kuyup la makkkk...=)

barisan askar pencen
kagum n teruja tengok group abah .... mmg macam askar btol... group lain tekedek2 main... abh n da group sangan cepat..macam askar bekawad.. syabas2!!! menang lg....

abah yang lucu
haaa....tgok aba masuk dlm guni...cute..hahaha... cepat dan besemangat abh... mendahului kumpulan2 lain... gelak nak guling2 sy tgok... klakar btol...

pukul 2.30ptg, sampai la saya di UKM... trus pikir kan apa perancangan seterusnya..huhu... daftar kusus untuk sem 2... saya amik 27jam krdt untuk sem 2. semangat..semangat...semangat.... tapi kalo pregnant, saya drop satu kot..huhu... doakan saya trus bersemangat untuk menuntut ilmu..=)



jadual sem 2 xcampur tutor lg...
semoga Allah memberkati usaha dan pengorbanan saya dan suami ^___^

Klik untuk baca lagiTerus Berjuang, Tangkis Kesedihan

Saturday 10 December 2011

Tanpa Diundang



tepat jam 3.22pg.... mata still xleh tutup, xtau knpe..padahal penat sgt rasa... Hati ni menangis2..sedih, xtau knapa...tiba2 air mata yang tak diundang bederai jugak...Tolong la, saya xnak la awak datang....nyah lah dikau !!!  DUSH3....

terus buka nasyid mawaddah... Bantulah aku melawan nafsu.... betambah2 la deras.... Penat nak main2 ngn perasaan ... rasa mcm xkuat je nk teruskan hidup macam ni... semua kene sabar + sabar + sabar + terus besabar,,,,

 فَأَثَـٰبَڪُمۡ غَمَّۢا بِغَمٍّ۬ لِّڪَيۡلَا تَحۡزَنُواْ عَلَىٰ مَا فَاتَڪُمۡ وَلَا مَآ أَصَـٰبَڪُمۡ‌ۗ
"....Allah menimpakan kepadamu kesedihan demi kesedihan, agar kamu tidak bersedih hati (lagi) terhadap apa yang luput dari kamu dan terhadap apa yang menimpamu...." (Ali Imran : 153)

Benar2..lepas mencurah2...da xrasa sedih..kalo xmencurah, sakit gak nak tanggung perasaan sakit nih.... Hurm....Menarik ya ? Kesedihan yang kita alami (terus-menerus) mungkin  dianggap seperti training-field supaya kita tidak lagi sedih. Diberikan kesedihan demi kesedihan supaya tidak lagi sedih. Hmm.. Menarik menarik menarik.

ثُمَّ أَنزَلَ عَلَيۡكُم مِّنۢ بَعۡدِ ٱلۡغَمِّ أَمَنَةً۬ نُّعَاسً۬ا يَغۡشَىٰ طَآٮِٕفَةً۬ مِّنكُمۡ‌ۖ وَطَآٮِٕفَةٌ۬ قَدۡ أَهَمَّتۡہُمۡ أَنفُسُہُمۡ يَظُنُّونَ بِٱللَّهِ غَيۡرَ ٱلۡحَقِّ ظَنَّ ٱلۡجَـٰهِلِيَّةِ‌ۖ يَقُولُونَ هَل لَّنَا مِنَ ٱلۡأَمۡرِ مِن شَىۡءٍ۬‌ۗ قُلۡ إِنَّ ٱلۡأَمۡرَ كُلَّهُ ۥ لِلَّهِ‌ۗ يُخۡفُونَ فِىٓ أَنفُسِہِم مَّا لَا يُبۡدُونَ لَكَ‌ۖ يَقُولُونَ لَوۡ كَانَ لَنَا مِنَ ٱلۡأَمۡرِ شَىۡءٌ۬ مَّا قُتِلۡنَا هَـٰهُنَا‌ۗ قُل لَّوۡ كُنتُمۡ فِى بُيُوتِكُمۡ لَبَرَزَ ٱلَّذِينَ كُتِبَ عَلَيۡهِمُ ٱلۡقَتۡلُ إِلَىٰ مَضَاجِعِهِمۡ‌ۖ وَلِيَبۡتَلِىَ ٱللَّهُ مَا فِى صُدُورِڪُمۡ وَلِيُمَحِّصَ مَا فِى قُلُوبِكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ عَلِيمُۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ 
Kemudian setelah kamu ditimpa kesedihan, Dia menurunkan rasa aman kepadamu (berupa) kantuk yang meliputi segolongan dari kamusedangkan segolongan lain telah dicemaskan oleh diri mereka sendiri.. Katakanlah (Muhammad), “Sesungguhnya segala urusan itu di tangan Allah.”.. Allah (berbuat demikian) untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu. Dan Allah Maha Mengetahui isi hati.

Ayat selepas 153, satu pujukan yang membina, tiba2 saya teringat ayat ni... umpama pujukan dari Allah... terkesima...Sungguh Allah ketahui isi hamba2NYA.... 

Allah, jaga aku...jaga aku...jaga aku...='(

Klik untuk baca lagiTanpa Diundang

Friday 9 December 2011

Untuk awak tuuhhh.....

Agak2 tau x nak citer apa nih?? hehe khas untuk Kak Long entry kali nih...=)

Cara yang paling mudah nak wat kek batik..kih3... dgr citer ada owg bagi plastik itam makan kek batik dia =D
Firstly, patah2 kan biskut marie ni, jangan hancur2 sngt...



then, curahkan milo+gula + susu f&n  kat biskut tuh..skit je tau...

pastu kaco3.....


susun biskut n himpit2 bagi padat... 


 
Da jadi...hehehe.... wat la coklat pekat n letak atas ni ala2 toping gtu... ^___^
KAK LONG AINUL YAQIN, selamat mencuba..=)
Klik untuk baca lagiUntuk awak tuuhhh.....

Tuesday 6 December 2011

Aku Sememangnya Jatuh Cinta Sejak Sekian Lama

Sedang asyik berchatting dengan suami...satu topik yang dibualkan sangat2 mengingatkan kembali memori2....Sungguh !!! saya amat merindui detik2 itu.....
Memori selepas SPM menjelma....keinginan untuk menghafal al-quran membuak2... Memohon agar aku dipilih oleh Allah untuk mengingati kalamullah... 
PERTAMA kali menjejak kaki di bume barakah Darul Quran. Ustaz mengajarkan kami agar bersyukur kerana layak menjejakkan kaki dan menjadi sebahagian dari ahli quran. Xsemua orang dapat merasai pahit getir menjunjung ayat Allah ini..sebanyak 2000 pemohonan, hanya 200org sahaja yang akan terpilih untuk menuntut di Bumi Darul quran ini...sungguh aku merinduinyaaaa......

Suasana, Biah Solehah, Pemandangan yang damai, alunan a-Quran berkumandang di mana2...saya merinduinya...

Sungguh, kesusahan dan kepayahan mengingati ayat-ayat al-Quran hanya kamii sahaja merasainya. Sehari, kami dikehendaki menghantar 3-6 muka surat mengikut kemampuan... Usaha yang dilakukan membuah kan hasil bagi mereka yang rajin...AL-QURAN tidak memerlukan orang yang genius, yang mendapat 12A, tetapi pangkat dan kedudukan orang yang berjaya mengingatinya adlah mereka yang rajin mengulanginya...

Teringat kenangan ketika di sem 1, aku di antara org yang rajin menghantar hafazan awal. Hari-hari yang dilalui sentiasa memikirkan masa yang mesti diisi dengan al-Quran. Sampai pada satu ketika, saya merasa bingung daan keliru aantara al-Quran dan program. Benar-benar keliru. Aku tidak sebijak mereka, aku perlu usaha yang lebih untuk  memegang amanah ini... 

Suatu malam, aku membuka lembaran al-Quran untuk mentelaah. Ketika itu, aku telah memasuki juz 3. 
......"تلك الرسل فضلنا"
berpuluh2 kali aku mengulanginya, ternyata aku gagal mengingatinya... bergegas aku ke surau..sedih dengan usahaku...tidak berhasil untuk mengingatinya ....ujian pertama yang aku lalui... sebelum ni, aku tidak mempunyai masalah untuk mengingatinya.... jam menunjuk angka 1pg, aku masih tidak mengingati walau satu ayat..aku tidak tahu mana salahku...sepenuh perhatian aku cuba berikan, namun ternyata gagal !!!!

jam menunjukkan jam 4pg, aku terjaga...rupanya aku tertidur di surau...bergegas mengambil wudhu', usai menunaikan solat sunat...aku melayari bait2 ayat suci al-Quran... aku masih gagal!! sedih bila mengingatkannya.... aku pergi ke kelas tasmi'  dengan perasaan yang berbaur..kecewa.... Giliranku menghantar hafazan, aku gagal...terasa ingin menitiskan air mata.... aku tidak pernah merasa sesusah ini untuk menghafal... Ustazah menasihatiku, jika ingin menjadi hamlatul quran...kurangkan 3 perkara...
1) kurangkan makan
2) kurangkan tidur
3) kurangkan bercakap

Sehingga kini kusemat....itu adalah kunci kejayaan...

Kini, daku bergelar Mahasiswa UKM...kehidupanku jauh berbeza dari dahulu...tetapi, ternyata aku amat merindui saat2 bersama sahabat2 seperjuangan mengulang al-Quran... bermujahadahh bersama2... amat2 merinduinya......

suamiku di musabaqah peringkat antarabangsa , Mesir

Namun, Allah mengetahui yang terbaik buat hambanya....
Dia mengirimkan kepadaku seorang pelengkap kehidupan, bersama2 memimpin daku di jalan ini... Kerana cinta ku pada al-Quran, aku mendapat kekuatan dengannya untuk terus mengulangi bait2 al-quran... walaupun aku tidak kuat ingatan sepertinya, dia tetap tidak jemu membimbing ku... setiap kelemahan ku dia menutupinya... 

Terkadang, dia mengusap kepala saya sambil mendoakan muga saya mudah mengingati kalam suciNya dengan mudah dan tenang... Sungguh dia memahami isi hatiku...Segera dia keluar dari bilik sambil berpesan 
"Ingat elok2 sayang, ngulang elok2...abang turun bawah dlu, nnt abg datang bilik lagi"

Ya, dia faham, aku malu....perkahwinan yang baru menjangkau 2minggu membuatkan xsemua perkara aku selesa bila dia ada bersama, Sesetengah keadaan, aku masih malu untuk membuat sesuatu... Aku kagum dengan kelebihan yang Allah kurniakan kepada dirinya... setiap bait ayat al-Quran keluar dari tuturnya dengan teratur dan berhati2... Dia akan pastikan apa yang diucapkan betul tajwid dan ayatnya... Kagum dengan daya ingatannya...moga Aku turut menjejaki jejaknya..

Allah kirimkan dia untuk aku terus tsabat di dunia al-Quran ini...jika dahulu, aku amat suka program luar..kini hatiku terpaut untuk mengingati al-Quran...itu pilihanku...itu jua jalanku...kelak, permata hatiku ku semuanya juga akan menginkuti jejak langkah kami...semuanya menghafal al-Quran..ITU IMPIANKU DAN SUAMI...

Cuti semester sebulan kelak, 28jan 2012 -20hb feb 2012...aku bersama 2 sahabat yang lain telah bercadang untuk duduk di pondok, mengulang al-Quran yang amat kami rindui suasanya...
Klik untuk baca lagiAku Sememangnya Jatuh Cinta Sejak Sekian Lama

Monday 5 December 2011

Jangan Perlekahkan Suami Saya

Macam EMO je kan post kali ni?? huhu...sedih la bila ada sesetengah pihak yang mengganggap saya dan suami ''nikah gantung'' uuwwaaa... =(  Hakikatnya tidak...walaupun kami duduk jauh, xbermakna kami nikah gantung...sedih3.... Saya pun search la apa yang dikatakan nikah gantung...baca baik-baik k...

Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.
Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.
Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.
Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:
  • Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
  • Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.
  • Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.
Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.

ehm....segala point2 di atas adalah tidak sama dengan situasi yang berlaku dalam perkahwinan saya dan suami...
* kenduri walimah telah kami wat di kedua-dua belah pihak
* Hantaran juga suami saya bagi untuk wat majlis walimah, bukan duit mak ayh dia, bukan juga pinjaman
* semua kos belajar suami saya tanggung
* nafkah 100% suami saya tunaikan
* kami tinggal serumah ( kat mah mak ayah) bila suami cuti... hanya berpisah bila waktu kuliah...

Tengok la..lain kan?? so, jangan a ckp kami nikah gantung...SAYA KESIAN KAT SUAMI SAYA, beliau bertungkus lumus cari nafkah, oorg senang-senang kata dia xtanggung saya sbb kami nikah gantung..sedih3...='(
Sayang suami saya bukan kerana harta mahupun pangkat dan darjat..tapi Saya sayang kerana kejujurannya, keikhlasannya, pengorbanannya dan cintanya xberbelah bahagi buat saya sebagai isterinya...tidak terbalas syg .... suami saya juga pernah cakap, Biarlah habis pun duit simpanannya, asalkan saya cukup makan, saya bahgia, saya dpat hidup dengan baik... tapi saya xla kejam sampai nak habiskan duit dia... kadang-kadang rasa nak benti blaja n g carik keje ..... sbb xsampai hati nak susahkan suami saya kene tanggung saya belajar... INI TANGGUNGJAWAB SAYA, BUKAN MENYUSAHKAN SAYA respon suami saya...



tiada org yang bahgia selain saya kerana memiliki cinta awak....^__^ ( ayat owg dilamun cinta ) 
Klik untuk baca lagiJangan Perlekahkan Suami Saya

Kahwin dan Belajar

Entry best..hehehe.... Saya nak membebel...nak beceloteh...^___^  Tapi apa yang saya cerita ni, hanyalah pendapat saya persendirian.... Kalo xstuju, jangan marah tau..kita wat pebincangan ilmiah ok..=)


KAWEN AND BLAJA..=)
''susah x kawen time blaja??'' msti tenang kan blaja..leh focus.. ''bestnya da kawen, rasa mcm nak kawen jugak la...'' untunglaaaaa.....hahaha (ayat faathin)


ok, saya nak cerita tentang topik ni..ok??? 

banyak yang terjadi kat sekeliling kita dlm masa terdekat ni...rama kawan2 yang sebaya umur ngn saya da kawen, ada jugak junior2 yang amik kptsn untuk kawen....antara situasi yang berlaku sejak kebelakangan ni, adalah....

1 ) Dapat result tinggi ==> kawen ==> xsambung blaja
2)  Habis study ==>kawen ==> keje
3) Habis study ==> kawen ==>sambung blaja
4) Habis study==> xkawen===>keje
5)Habis study==> xkawen==>sambung blaja


hahaha...bnyak noohh...pening pale...ok2 nak citer beberapa kisah yang berlaku di sekeliling saya... boleh juga dijadikan iktibar dan pengajaran hendaknya...hmmm, banyak faktor2 yang diambil kira dalam membuat keputusan untuk berkahwin pada usia muda... saya dan suami pun amik keputusan kawen awal sebab nak dapat ketenangan hati walaupun kene dok jauh...huhu...sebab kitorg mmg kuat cemburu... ==> cemburu sbb suami saya ramai org knal n takut2 org nak kat dia<===  kalo bg suami sy pulak...==> sbb dia da minat, mmg cemburu macam2 la..hehe<===


keputusan untuk kawen awal n smbung blaja mmg satu bnda yang xpenah di pikirkan... xsangka yang saya akan menempuhinya sbb rasanya xpenah rancang pun nak kawen semuda usia ni... tapi cbarannya agak kuat.. terlalu banyak masa study yang terpaksa dikorbankan...dan susun jadual yang lebih teratur supaya adil terhadap semua perkara...belajar dan suami ^___^






bagi kawan-kawan yang tidak sama nasibnya dgn saya, jangan la rasa putus asa dan kecewa. sesungguhnya Allah amat mengetahui segala yang terbaik untu masa depan kita.
 أَلَمۡ تَعۡلَمۡ أَنَّ ٱللَّهَ يَعۡلَمُ مَا فِى ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۗ إِنَّ ذَٲلِكَ فِى كِتَـٰبٍ‌ۚ إِنَّ ذَٲلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرٌ۬ 
Bukankah engkau telah mengetahui bahawasanya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi? Sesungguhnya yang demikian itu ada tertulis di dalam Kitab (Luh Mahfuz); sesungguhnya hal itu amatlah mudah bagi Allah  (Surah al-Hajj ayat 70)


And satu benda saya nak kongsi.... setiap benda yang terjadi kat kita adalah mengikut kemampuan kita. ...  Jangan menyesali n rasa cemburu tengok org kawen awal time blaja... sebb itu adalah kemampuan diri dia.. Kalau diri sendiri pun xmampu nk uruskan blaja n study, apatah lagi nak menggalas tanggungjawab besar sebagai seorang suami n isteri. ramai je saya tengok kawan-kawan saya yang xmampu nak menyelesaikan tugas-tugas n assgmnt dengan sempurna time tengah single ni.... tp dah sibuk-sibuk nak kawen,. Kawen tu boleh bantu korang wat keje dengan baik kah???  Hakikatnya, lebih banyak n bertambah tanggungjawab korang bila da kawen... so, siapkan diri sendiri bila nak melangkah ke alam rumahtngga...

pengalaman saya... setiap hari adalah hari yang penuh jadual...tiada istilah senang lenang... pagi, 8pg-6ptg...masa di fakulti dan perpustakaan... settlekan sume keje... balik kolej, masa untuk curi2 luangkan masa untuk suami... cuba skype je da bnyak makan masa... sambil2 tu wat jugak la keje sket2.... bnyak masa terbuang , tetapi Allah gantikan dengan kegembiraan dan ketenangan hati...so leh wat keje ngn lebih fokus dan terurus...

Masa sebagai seorang mahasiswa yang telah berumahtangga tidak sama dengan masa mahasiswa yang tidak berumahtangga. Masa belajar yang diperuntukan lebih bnyk berbanding kami yang telah berumahtangga... Hagrainya...Lakukan yang terbaik... Dan bagi yang telah berumahtangga, jangan pernah merasa menyesal...sesungguhnya Allah menjanjikan yang terbaik buat kita...tanggungjawab yang kita cuba laksanakan sebaik mungkin ini adalah satu bukti pengorbanan kita..Moga Allah menilainya dan memberikan pahala yang setimpal.   

Klik untuk baca lagiKahwin dan Belajar

Friday 2 December 2011

Terima Kasih Insan Sekelilingku....


Mencuri masa dengan sebaiknya....saya cuba mencoretkan sebanyak mana perkara yang ingin dikongsi.....


Sayang pada keluarga yang baru dibina.... Abah, Mak, Kakak, Abe dan adik2 amat2 menyokong dan memberi perhatian... Terasa lebih dekat dan manja dengan mak dan abah semenjak berjauhan dengan suami... Banyak jugak mak dan abah kongsi cerita2 yang xmungkin saya dapat dengar jika duduk bersama suami.... keletah2 suami ketika kecil, susah payah sepanjang mak dan abah besarkan anak2...dan macam2 lagi... terasa seperti rapat walaupun baru beberapa bulan berkeluarga...
amat merindukan suasana ini....walaupun tiada suami di sisi, saya tetap merasa kuat kerana sokongan yang diberikan....mereka amat memahami...terkadang baju2 suami menjadi sasaran...bagi melepaskan rindu...=)


teringat kenangan ketika di DQ, ustaz selalu cakap..kalo xpandai loghat klntan...jangan berani nak kawen ngn org klntan...sbb kalo kne mngumpat ngn mak mertua, kita xkan tau sbb kita xpaham...huhu.... tapi, apa yang istimewa dalam keluarga mertua saya....MEREKA SANGAT-SANGAT BAIK....

Abah seorang yang sangat-sangat tegas dalam bab agama....lagi-lagi tentang solat....abah berjaya mendidik anak-anak faham islam walau di mana sekalipun... Abe bukan jurusan agama tapi faham agama dengan jelas...saya kagum...asasnya dapat dikuasai...macam tu jugak dengan kakak...aqil n faiz.... Abah jugak rajin, ringan tulang, penyayang, ambil berat, sporting, banyak cerita... seronok sangat dapat jadi menantu abah....=)

Mak : Mak seorang yang sangat baik, pandai masak, selalu tunjuk ajar masakan2 klate, selalu cerita ap yang suami saya suka n xsuka (sedikit sbnyk membantu sy knl suami sy), suka cerita ap yg pernah belaku dlm rumah.. Mak seorang yg xcerewet dan selalu meraikan menantu2 nya... Selalu kt dapur, sy juz tlg potong2 sayur, bawang n apa2 la...mak yg akn masak..bnyk jugak resepi2 yg sy bljr dr mak...satu bnda yg sy baru dapat tau....mak cerita yg mak jnis suka masak sowg2...saya dlm dapur slalu jd teman bual mak jer...kaco2 jer gtu...xmasak pun, mak yg masak...kalo stkt goreng2 tu bleh la kaco2..hehe... 
Kakak : seorang yang sangat happy...cekal,kuat dan tabah...baik...sporting..cantik...kisah kakak mengandung amat2 membuatkan saya kagum dengan kakak... kakak xmanjakan diri...pegi n blik naik LRT...sarat mengandung masih aktif ke sana sini...kakak pun bnyk kongsi resepi2 yg xpenah sy wat..cthnya begedil...sdapnya...hehe...kakak rajin amik berat.. slalu citer2 pengalaman ... and yg plg pntg, kakak still maintain slim n cntik wlwpn slps besalinkan baby hana...hehe...jeles !!! n suami kakak pun baik...abg nasri... abg nasri seorg yg betanggungjawab... teringat time baby hana nangis sbb xselesa bila napkin da pnuh... abg nasri pun tukarkn pampes...hehe...lawak tgk org laki tukarkan napkin baby ^___^ ayah penyang gtu...

Abe :  abe n kak wajie...pasangan yg sweet...hehe... daniel iras muka ibu+abah dia... comel sgt2...abe n kak wajie baik...slalu pkai bju sama2 warna..hehe... paling comel time dorg naik motor abh sama2 time g bazar ramadhan..huhuhu...cute3!!!! 

last, Aqil n Faiz... 2 adik ipar yg sangat menghormati org yg lbih tua....bijak, pemalu sket2..hehe....peramah bila diajak bebual... aqil kuat ckp sket bebanding faiz... tp faiz hebat...bljr pndai, kpimpinan hebat... bijak2 anak abh...kne mntk resepi ni..hehe...
Inilah insan2 di sekeliling sy....saya sayang mereka semua...tnpa mereka, tidak lah saya sekuat dan seteguh ini...=)
Klik untuk baca lagiTerima Kasih Insan Sekelilingku....

Buat Jiwa Yang Tegar

2/12/2011 (KHAMIS) ==> 11/1/2012 Hanya tinggal sebulan 9hari lagi saya akan bertemu suami saya.... ehem, kenapa ea saya asyik citer pasal suami saya jer?? hmm...mgkn sbb sbln je dapat hidup bersama... fikiran saya hanya saat2 bahgia jer..hehe

pertama kali raya dengan suami ^__^
Kenapa saya jarang nak pegang tangan suami saya bila amik gambar ea??? hehehe....*M.A.L.U* laaa.... nnt lama2 leh la pgg tgn awk yer syg...hehe...
hmmm.....ni la gaya owg duk jauh ngn suami...xsemua boleh nak citer kat suami saya...:
- dengan masa n waktu kami yang berbeza
- dengan kadar kelajuan internet yang xmenentu
- jarang2 dapat skype walaupun beribu kali diusahakan
- sebab assgmnt yg sy wat, sy nak kan kesempurnaan a.k.a cerewet

n macam2 lagi la, kalo nak bagi alasan mmg bnyk boleh nak bg..huhu Tapi nak katanya, memang blog ni la tempat saya nk cerita macam2....Saya xdapat nak cerita setiap hari apa yang saya lalui setiap hari kat suami saya...so, dgn menulis blog ni...boleh membantu saya cerita kat suami saya..hehe

Selepas habis exam nahu sorf n akidah pagi td, sedikit kelegaan bertapak dihati....seronok sangat + dapat jawab semua soalan dengan tenang.... assgmnt sejarah yang dibentangkan pun mendapat respon baik dari Prof... Sangat berpuas hati dengan semua kerja yang telah dilakukan setakat ini... xpernah lagi kene tolak kertas kerja...mungkin sebab rakan sekerja pun bagi kerjasama yang baik...tq kpd Nur Izzati dan Nadiah atas kerjasama yang amat baik..maaf la kalo akk ni cerewet sket...hehe...ok, Stop.

Nak cerita tentang apa ea waktu hari khamis ni??? hmm....lepas kelas Aqidah, meluru ke KTHO utk teman kak ida settle kan LC, then ke kelas tutor Aqidah...Tepat jam 12, msg kak wani cz nk join kelas method fiqh, saja2 nk masuk klas dak syariah (Walaupun xdpt kos syariah, dpt msuk klas pun jadi la) hehe....lepas tu ad klas fiqh sirah kt tmpt yg sama *beku* sejuk sgt kot dewan tuh....huh !!!

Banyak perkara yang dapat dipelajari sepanjang hari itu....seronok kerana merasa aman dan tenang denagan ilmu2 yang Allah kurniakan....
Juga syukur kerana Allah memilih saya untuk faham ilmu2Nya yang amat luas.....=)

BUAT JIWA YANG TEGAR


ehem, entry kali ni bukan untuk saya dan suami jer...tapi untuk kawan2 saya yang kat luar sana, yang banyak meminta pendapat dan pandangan....
Nampak awak kuat semangat, tabah....Kongsi la apa rahsia??

Kuatkah saya??? Tabahkah saya??? Bibir tersenyum, hati menangis.....tau x??? huhu....xkan setiap masa nak sedih kan??? so, kene la lupakan n xpikir kan kesedihan tu sangat...nnt APA PUN XBOLEH....hehe....fokus skrg study dulu...nnt mlm2 boleh la nk 'meleleh air mata' banyak2...xdinafikan la....=(
Ramai kawan2 saya yang dilema kerana ''bakal suami'' dioffer menyambung pengajian di U.Islam Madinah...pada bulan 2 taun depan. Bingung dengan perhubungan yang terjalin...Nak kawen, mak ayh xbagi sbb kene dok jauh memandangkan masih blaja jugak...Nak tunggu lama2???xsanggup la kene tunggu sampai 4-5 taun....Lalu, pandangan diminta.....

saya xada apa2 pandangan....cuma berdasarkan pengalaman saya, saya hanya boleh nak kongsi..mungkin ia baik untuk saya.....saya xtau...

Selepas disahkan menjadi suami isteri, saya xpernah duduk berjauhan dengan suami...walau ke mana sekalipun (kecuali time suami g masjid solat 5 waktu)....dan lepas solat, suami akan terus menuju ke saya... tangan memohon ampun dan dikucup ubun2 tanda dimaafkan...==> R.I.N.D.U <=== Kadang2 suami mencuri2 masa untuk solat berjemaah bersama, saya bangga kerana menjadi isterinya....hampir 3minggu kami hidup bersama di n9 dan gombak...xpernah dipisahkan dan terpisah...

Pada 17 ogos 2011, saya diarahkan untuk menjalani ujian JPJ...inilah kali pertama saya dipisahkan dengan suami tersayang...Memandangkan suami sy merupakan imam tarawih sepanjang bulan Ramadhan, beliau xdapat menemankan saya di n9 sewaktu saya menjalani ujian JPJ....Suami saya hantar saya pada hari selasa, dan balik semula ke gombak... pertama kali berpisah....tanpa diundang air mata saya bercucuran jatuh...mengiringi pemergian suami...jangan la nangis sayang...pinta suami....ye, saya xnak nangis...tapi air mata tu jatuh...sedih !!!! sepanjang malam....saya sedih...saya rindu...saya nak kan suami saya....tapi kak ngah yang banyak penuhkan masa2 saya...kurangkan ingatan terhadap suami... hmmm.....
SELESAI JPJ, terus saya kemas barang2...saya nak balik gombak !!!!! naik ktm, sampai KL SENTRAL, saya tpn suami saya....saya suh jemput...terkejut suami saya..............saya mintak maaf..saya rindu sgt2...baru sehari xjumpe....inilah kisah pertama kali dipisahkan....

Buat jiwa-jiwa yang tabah....

Tiada kekuatan yang dapat kita tempuhi kecuali dengan pertolongan Allah...siapa sanggup dipisahkan dari insan yang halal buat kita... Tulang Rusuk Kiri, Perisai Kehidupan, Penawar Kesunyian, Penghibur Kesepian... segalanya kita dapati dari insan yang halal......
Kalau diberi pilihan, saya xingin dipisahkan, tetapi kerana ilmu, masa depan, cita2...saya cuba tempuhinya... Hari2 yang saya tempuhi terasa musuh...berdendam dengan kebahagiaan...hasad dengan keceriaan.... saya berhak mendapat kebahagian, keceriaan, keindahan....Terasa semua hari yang dilalui adalah dendam2 yang xterbalas...waktu yang saya jalani sekarang patut dihiasi dengan bibit2 yang indah..tapi saya dapat yang sebaliknya....
Aturan alam.......
setiap kesusahan pasti dibalas dengan kesenangan....
setiap kesedihan dibalas dengan kebahagiaan....
setiap kedukaan dibalas dengan kegembiraan...
Yakinlah, Allah Maha Adil....setiap kedukaan, kesedihan. kerinduan. kesakitan yang ditempuhi......JanjiNya adalah kemanisan percintaan.....
Klik untuk baca lagiBuat Jiwa Yang Tegar