Tuesday 10 April 2012

Aku kah Isteri yang di cari ??

بسم الله الرحمن الرحيم

Agak lama berdiam tanpa berita.. kesibukkan melanda tanpa di undang.. terasa hidup amat cepat berlalu.. menjelang bulan 5, suami tersayang akan pulang dari Tanah Suci bagi menyambung kisah cinta kami yang terpisah hampir 4bulan lamanya....

Banyak jua pengalaman dan ilmu baru yang kutemui sepanjang menjalani hidup berstatus isteri, namun bersendirian tanpa suami... Segala yang baik aku hadam bagi pembelajaran sepanjang hayatku...


masih banyak yang perlu aku pelajari dalam mengharungi hidup sebagai isteri dalam perkahwinan jarak jauh... banyak program yang dihadiri bagi menambah ilmu di dada... semakin bnyak, semakin terasa kebodohan ku...

back to my topic ===> AKU KAH ISTERI YANG DI CARI SUAMIKU???
terasa kerdil dan hina tatkala melihat keanggunan wanita lain, kesopanan wanita lain, kesempurnaan yang dimiliki wanita lain.. semakin cuba memperbaiki diri, semakin terasa xcukup... Allah, Bisikan apa yang menghantui diri ni??

وكان الانسان عجولا
maksudnya: sesungguhnya manusia itu terburu-buru

Allah mengatakan manusia itu sikapnya terburu2..aku lah manusia itu.. ingin berubah dengan segera.. dan kekal menjadi baik... astaghfirullah... pernah suatu masa.. ketika berchatting  di BBM bersama suami.. aku bercerita mengenai sgala yang aku rasai.... segala yang terbuku di hati.. 

suamiku, aku ingin menjadi wanita yang lembut, wanita yang penyayang, wanita ynag sopan, wanita yang lengkap secara seluruhnya.. sentiasa indah di matamu suamiku.. NAMUN, suamiku hanya menyatakan hasratnya hanya satu.. bahawa, kecantikan dan segala kesempurnaan diriku yang ingin dilihat adalah hanya di matanya.. 

aku adalah pelengkap buat suamiku, dan begitu jua sebaliknya.. dan dia adalah lelaki terbaik yang  aku miliki.. dia lah hidupku.. dia lah nyawaku.. dia lah segalanya dalam hidup ku... 

Berubah penampilan, juga berubah sikap
Klik untuk baca lagiAku kah Isteri yang di cari ??