Thursday 15 December 2011

Perkahwinan Proses menambah Ilmu Kehidupan (Mencari Hikmah)


Satu perkara yang sedang di alami selama hampir 4bulan 21 hari saya telah menjadi seorang isteri..... selama tempoh masa ini, terlalu banyak cabaran yang dilalui yang sangat-sangat menguji keimanan, dan kesabaran...Firman Allah surah al-Baqarah ayat 155:
وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَىۡءٍ۬ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٍ۬ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٲلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٲتِ‌ۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِينَ
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar

Benarlah, bahawa Dia akn tetap menguji hambanya..dan natijah pengakhiran yang baik adalah bg mereka yang bersabar =) Saya mengahadapi masalah ini kerana merasakan saya juga mempunyai pengetahuan dalam sesuatu perkara.... Namun, segalanya tercelik bila saya tergerak membaca satu tulisan Aisyah Ahmad Musa al-Abdali.


ISTERI YANG SUKA MEMBANTAH

saya melihat pemasalahan ini dalam konteks masyarakat kini yang semakin banyak ilmu. merasa betul apa yang dilakukan. Sikap suka membantah ini merupakan satu perkara yang menyebabkan kehancuran rumahtangga.

Sebab / Punca Perkara ini
- Sikap / karakter yang sejak azali ada dalam dirinya
- Didikan orang tuanya yang salah
- Suami yang bersikap ego, tidak berbincang dengan isteri
- Suami suka meremehkan dan memeperkecilkan pendapat isteri
- Isteri merasa kekurangan kerana perlakuan keluarganya yang tidak menghargai dan menghormati isterinya
-Darah muda kerana berkahwin pada usia muda
- Isteri tidak dapat menyesuaikan dirinya dengan kehidupan suami
- Meniru kebiasaan orang tuanya

Cara Penyelesaian
Hanya satu caranya iaitu hendaklah menghindari perkara yang boleh membawa kepada terjadinya sikap ini.walaubagaimanapun, ianya memerlukan satu tempoh yang cukup. Suami hendaklah berusaha untuk mengambil hati isteri dan membantunya dalam menangani persoalan hidup.

Nasihat bagi isteri yang suka membantah :
Para isteri yang budiman, sikap seperti ini secara tidak langsung akan membawa kepada kehancuran rumahtangga. Suami sememangnya punya kekuatan, tetapi terkadang dia pun habis kesabaran dan serba salah menghadapi sikap isteri. sikap seperti ini (bersikap kasar terhadap suami atau tidak taat) sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam. 

SUAMI YANG SANGAT CEMBURU

Rasa cemburu yang wajar pada diri suami adalah :
(1) Khuatir isterinya melakukan sesuatu yang diharamkan oleh Allah
(2) Khuatir isterinya berdua-duaan dengan bukan mahram
(3) Isterinay yang cakap berlebih-lebihan dengan orang lain

3 Perkara ini adalah cemburu yang baik bahkan menjadi keharusan demi menjaga nama baik dan harga diri suami.. Namun, cemburu yang berlebihan atau terlalu berprasangka buruk terhadap pasangan jelas akan memicu kehancuran hidup berumahtangga.
                        Sesiapa yang menanam benih keraguan, pasti akan menuai keretakan
Para suami telah memilih isterinya kerana agama, dan Allah meredhainya. Isteri telah menjaga dirinya dan kehormatannya dan memahami agama Islam dengan benar. Makaa dengan itu, janganlah anda menyakiti diri dan isteri anda anda sendiri dengan sifat cemburu dan prasangka buruk itu.

Kadangkala, tanpa sengaja isteri membuat suami cemburu. Dia berceritakan perihal lelaki lain di hadapan suaminya. Dia menceritakan perangai dan akhlaq lelaki itu. Perkara seperti ini menjadikan suami menyimpulkan bahawa isterinya kagum dengan keperibadian lelaki yang diceritakan itu. Selain itu, suami merasakan bahawa isteri lebih mengutamakan lelaki lain dari dirinya. Ada juga isteri yang bercakap mengenai kenangan masa lampaunya atau menceritakan mengenai orang yang pernah melamarnya. Semua ini menimbulkan cemburu dan memancing kemarahan suami.

Isteri yang berani melakukan perkara sebegini adalah isteri yang kurang matang dalam berumahtangga dan cuai, inilah suatu perilaku isteri yang boleh menghancurkan kehidupan rumahtangga


Klik untuk baca lagiPerkahwinan Proses menambah Ilmu Kehidupan (Mencari Hikmah)

No comments: