Thursday 26 January 2012

Rasaku Waktu Ini

Bagaimana mampu kutahan kalau setiap langkahku teringatkan kamu??? 

Allah..Allah..Allah !! 
Kau ada di setiap tangisku..
Kau bersamaku dalam harianku
Campakkan ketenangan dalam hatiku serta hatinya

Terbangunnya aku, melihat di sebelah...tiada sekujur tubuh yang selalu mendamaikan ... Tuala yang kupakai tidak basah seperti selalunya .. Suamiku akan bergegas ke masjid tatkala subuh dan mengejutkanku usai solat berjemaah di masjid... sarapanku, kududuk di sofa... tiada tangan yang menghulur sarapan buatku.. apatah lagi menyuapku makan... Sungguh aku rindu tubuh itu...

selepas sarapan bersama keluarga, tiada juga dia yang akan bersamaku di dapur..membasuh pinggan bersama.. aku seorang diri di situ.. kutoleh sebelah.. benar, dia tiada ='(... kulihat pula di luar rumah, kereta iswara itu terpacak di situ, tidak seperti selalu.. kami bersama di dalamnya.. berjalan bersama... sehingga waktu zohor.. BB miliknya akan melaungkan azan... jua jamnya.. berbunyi pabila masuk waktu zohor.. kini, aku hanya mendengar azan di Astro OASIS tatkala masuk zohor... Sungguh aku rindu tubuh itu..

usai solat zohor, aku melihat ke hadapan, tiada tubuh yang akan memandangku dan menghulurkan tangannya...tiada juga bibir yang akan mengucup pipi dan dahiku usai solat bersama...Sungguh aku rindu tubuh itu... 


Hari-hariku,
tiada tangan yang hulur untuk menggenggam tanganku erat... 
tiada senyuman yang di ukir melegakan resahku..
tiada suara yang memujuk rajuk dan sedihku...
tiada sekujur tubuh yang memelukku erat...
sungguh aku  rindu kamu....

bagaimana mampu kuhentikan ingatanku, andai disetiap langkahku...muncul gerakanmu selalu...

kerana yakin cinta itu bukan Tuhan,
Rindu itu hanya kutahan !!!
Disetiap nafasku...
Sentiasa ada DIA Klik untuk baca lagiRasaku Waktu Ini

No comments: