Friday 4 November 2011

^ Kerana Mengerti Syurga Itu Indah ^

بسم الله اؤله بالكلامي

Currently at Taman Seri Gombak, tepat jam 7.30mlm... kakak ipar saya (Nurul Izzati) amik di Stesen Hentian Putra with baby Nurul Hana... Terima Kasih kakak..=)

Setelah makan malam dengan mak + abah + kakak + adik Faez Ashraf., mengisi jiwa dan rohani dengan rancangan TV Al-Hijrah yang menceritakan tentang adat di Mongolia, Turki. <<< Ternyata berbeza dengan rakyat Malaysia yang wanita nya gemar membeli belah. Di sana, pasar mahupun bazar dipenuhi dengan kaum adam... aneh bukan??? Renungan buat kita....>>>> , 

SEMUA LELAKI BUKAN???
dan rancangan Tanyalah Ustazah, yang mengupas tentang ibadah Qurban (sambil-sambil bertukar ilmu dengan abah, tentang topik yang dibincangkan)

Sebelum saya melelapkan mata, suka untuk saya kongsi kan berkenaan dengan ENTRY kali ini yang amat-amat mengingatkan saya tentang satu detik, dalam dunia perkahwinan saya yang telah menjangkau 3bulan 14hari ^__^ (cepat masa berlalu )




''Manisnya Kurma Ini''kata sepah... tapi kehidupan tidaklah sentiasa manis seperti kurma. Segala manis, pahit, tawar, masin, kelat, n mcam-macam lagi..dah saya tempuh, walaupun tidak sebanyak golongan vateran di luar sana. Tetapi semuanya telah membuatkan diri saya bertambah matang dalam membuat keputusan...

Kisah satu : Kak Umi, bestnya da kawen...saya nk kawen la...baca blog owg da kawen, sume sweet2 jer... saya teringin sangat nak kawen...xsabarnya kak.... *__* ( luah sorg adik yang sama2 jabatan ngn saya)

Kisah dua : Umi, akak nak kawen taun depan...akak da tekad. Xkisah la dgn sesiapa pun. Akak nak kawen jugak...

Kisah tiga : salam, dik...nak tanya... dah tunang ea??? nampak gaya macam da tunang...( saya jawab, erk?? saya da kawen) dengan muka terkejut akk tu tengok... oh, yeke???

Ada apa ea dengan kisah-kisah di atas??? haaa...mlm ni, saya nk bagi kesimpulan dalam semua situasi di atas berdasarkan fikiran n renungan saya. Sempat la fikir sepanjang dalam KTM td(otw nk balik gombak)...

1)Perkahwinan tu tampak indah kerana sang pencerita hanya menukilkan segala saat-saat yang  indah... Saat dia begaduh, betengkar, betikam lidah dengan suami or isteri  dia, dia xcerita...so, amat-amat la indah bila dilihat oleh semua yang 'xsabar nak kawen' kat luar sana tuh bila baca kebahgiaan yang diceritakan... Namun hakikatnya, hanya pasangan yang dah berkahwin tahu kehidupan dalam perkahwinan itu...

2)Satu lagi situasi yang dilihat amat genting apabila merasakan kawen adalah jalan yang terbaik untuk meredakan hati tanpa memilih siapa pasangan hidupnya. Hanya merelakan, 'sapa-sapa pun xpe'. Perkara ini amat BAHAYA!!! kerana suami, isteri ke syurga dan kerana isteri, suami ke syurga...=) [ni ayat mudah, jangan dirumitkan walaupun timbul pengecualian. Tapi secara asasnya begini lah ] Sebab apa kerana suami, isteri ke syurga?? kerana suami yang redha akan perlakuan isterinya  yang mengikut syariat, akan membolehkan isterinya mencium bau syurga. Dan begitu juga sebaliknya... 
Cuba kita lihat satu contoh lain :
Sarah merupakan seorang yang amat menjaga agamanya.. Berkahwin dengan Johan yang sedikit pengetahuan ilmu agamanya. Johan meminta agar Sarah membuat segala yang diperintah tanpa memikir syariat menghalalkannya atau tidak. Bukankah seperti Sarah mempertaruhkan agamanya demi suami tercinta?? Fikirkan....

3)Kematangan seseorang bukan lah dilihat dalam konteks 'sudah berkahwin atau tidak' tetapi dilihat dari sudut penghayatannya terhadap agama yang di anutinya. Kalau kita lihat, ada je orang yg dah kawen, tapi cenderung perangainya 'seperti sang bujang' <<< setiap tingkah laku kita mencerminkan diri kita. Awasi perangai anda bagi menjaga maruah diri dan suami >>>

KESIMPULANNYA...
Segalanya berbalik kepada diri kita. Jika kita memilih 'dia' sebagai pasangan kita, maka begitulah yang tercorak dalam kehidupan kita. 


Klik untuk baca lagi^ Kerana Mengerti Syurga Itu Indah ^

2 comments:

eLeA haNnAj said...

eh,1st time kat cni..xtaw plak umi ade blog..smlm ingat nk msg umi sbb akak blk dr bangi kul 12 cmtu..tp ktm sesak yg amat..huhu*komen xde kena mengena ngan topic..hehe*

p/s:kem salam kat baby hana=)

-kak jannah-

yourlifeforme said...

kak jannah : sy baru wat kak..hehe... sy blik nek ktm dr ukm kul 4.30 gtu..ade meeting biro akademik..=)